Koleksi resepi masakan Malaysia
Ramai ibu bapa pening kepala memikirkan apakah makanan yang perlu dibekalkan kepada anak untuk ke sekolah. Bagi meleraikan permasalahan anda, ikutilah panduan ini.
1. Makanan untuk anak bawa bekal ke sekolah perlulah seimbang. Pastikan ada karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral. Contoh menu yang ringkas, seimbang dan sesuai ialah sandwic. Tetapi anda perlulah pelbagaikannya. Bukan sandwic yang sama setiap hari. Anda boleh pelbagaikan roti yang digunakan untuk membuat sandwic. Selain roti gandum, anda boleh juga menggunakan roti pita, capati, croissant dan English muffin. Manakala untuk isi dalamnya, anda boleh gunakan tuna, ayam, telur dan sosej. Tetapi, jangan lupa masukkan bersama-sama sayur-sayuran seperti salad, tomato dan timun. Agar sandwic lebih enak dan berkalsium, tambahkan dengan kepingan keju.
2. Ingat, makanan untuk kanak-kanak tidak boleh terlalu banyak garam, gula dan minyak. Penggunaan bahan perisa juga perlu dihadkan.
3. Untuk minumannya pula, bekalkan anak minuman bersusu dan air kosong. Bukan minuman berperisa seperti kordial ataupun minuman berkarbonat. Jika ingin beri anak jus buah-buahan, pastikan yang anda buat sendiri minuman tersebut tanpa ditambah gula.
4. Snek juga perlu dibekalkan. Oleh itu, disarankan agar anda berikan hanya snek yang berkhasiat untuk anak. Antara yang sesuai ialah epal, pisang, biskut oat, kismis dan kekacang.
Petikan: Majalah PAMA
BAHAN-BAHAN :
14 keping cream crakers mini
70 gm serbuk roti
2 biji telur
Sedikit garam
100 gm ikan bilis yang sudah dibersihkan
3 biji bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
1 sudu besar pes cili
Sedikit air asam jawaMinyak secukupnya
CARA MEMASAK
1. Mula-mula anda perlulah menyediakan sambalnya. Jadi, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Kemudian, masukkan pes cili dan air asam jawa. Kacau rata.
3. Selepas itu, masukkan pula ikan bilis dan biarkan mendidih.
4. Setelah sambal masak, matikan api dan biarkan sejuk.
5. Setelah sambal sejuk, ambil sedikit dan sapukan pada sekeping biskut dan tutup dengan sekeping lagi biskut (buat seperti sandwic. Ulangi cara ini sehingga biskut habis dan ketepikan.
6. Untuk proses seterusnya, anda perlu memukul telur bersama sedikit garam sehingga kembang. Ketepikan.
7. Kemudian, celupkan biskut ke dalam telur tersebut dan masukkan ke dalam serbuk roti.
8. Panaskan minyak dan goreng kepingan biskut yang sudah bersalut sehingga garing.
9. Sedia untuk dihidangkan.
Self collect sekitar Ampang, Lembah Keramat, Shah Alam
Poslaju juga boleh
isi boleh pilih : kentang, ayam dan daging
Berminat??
Boleh emailkan ke asieda82@gmail.com
CARA MEMBUATNYA:
1. Potong kulit popia kepada 4 bahagian.
2. Ambil sekeping, letakkan inti di tengah-tengahnya dan gulung.
3. Letakkan hujungnya dengan sedikit air atau bancuhan tepung gandum.
4. Selesai menggulung kesemuanya, gorenglah dengan minyak yang banyak.
5. Api mestilah sederhana dan sentiasa kacau popia agar tidak hangus.
6. Angkat popia setelah berwarna kuning keemasan dan toskan.
7. Biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Bahan-bahan:-
+ Air 2 liter
+ Daging lembu 200 Gram
+ Rempah tumis 50 Sen
+ Minyak masak 5 sudu makan
Cara masak:-
+ Tumiskan rempah tumis
+ Masukkan 2 liter air dan daging
+ Tutup periuk dan tunggu sehingga daging empuk dengan nyalaan api sederhana (+-30minit)
You Tube Cara Penyediaan >>Masakan Mee Bandung Kuah Pekat
Nak cuba?? Boleh membuat tempahan rempah tumis Mee Bandung sedap ni dengan klik banner di bawah!
Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".