Waktu memasak : 45 minit
Saiz hidangan untuk : seorang

BAHAN AYAM:

  • 3 ketul paha ayam
  • 3 sudu makan madu
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan serbuk paprika
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • ½ sudu teh oregano
  • ½ sudu teh daun kemangi kering
  • 3cm halia | dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih | dimayang halus
  • Garam secukup rasa

BAHAN SAYURAN:

  • 5gm kacang pis | direbus
  • 1 biji kentang | potong wedge
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • ½ sudu teh serbuk kari
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan untuk ayam dan gaul sebati. Perapkan semalaman di dalam peti sejuk.
  2. Keluarkan ayam yang diperap semalam, panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 5 minit. Masukkan paha ayam yang diperap ke dalam ketuhar dan bakar selama 15 hingga 20 minit. Setelah masak, keluarkan dan ketepikan.
  3. Untuk sayuran pula, rebus kacang pis selama 2 minit. Angkat dan ketepikan.
  4. Kemudian, gaulkan kentang bersama serbuk paprika, kari, tepung jagung dan garam.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  6. Hidangkan paha ayam yang telah dibakar bersama kacang pis dan kentang wedges. Sedia dinikmati.

Petikan : Rasa Karangkraf

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.