Waktu memasak : 40 minit
Saiz hidangan untuk : seorang
BAHAN-BAHAN
200gm dada ayam
60 gram beras Basmathi
1 labu bawang besar | dimayang halus
4 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh serbuk buah pelaga
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk jintan putih
¼ sudu teh serbuk kunyit
500ml air
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bawang, serbuk buah pelaga, bunga cengkih, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
Kemudian masukkan air ke dalam periuk. Rebuskan ayam selama 10 hingga 15 minit. Angkat ayam dan ketepikan.
Selepas itu, masukkan masukkan beras ke dalam periuk bersama air rebusan ayam tadi. Jika perlu, tambahkan air. Masak dengan api perlahan.
Setelah itu, gaulkan dengan serbuk kunyit setelah air rebusan tersebut agak kering, lalu masukkan minyak masak dan garam secukup rasa ke dalamnya.
Hidangkan bersama ayam yang direbus tadi dan Salad Arab. Sedia dinikmati.