BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)500gm ayam | dipotong kecil
(*)150ml santan pekat
(*)30ml minyak masak
(*)20 tangkai cili kering | dikisar
(*)6 biji bawang merah | dikisar
(*)2cm kunyit hidup | dikisar
(*)2cm halia | dikisar
(*)6 helai daun limau purut | dihiris nipis
(*)4cm lengkuas
(*)3 batang serai
(*)3cm belacan | dibakar dan kisar
(*)2 sudu makan kerisik | digoreng tanpa minyak dan dikisar
(*)Garam secukupnya
(*)Gula secukupnya
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Panaskan minyak, kemudian goreng seketika hirisan kunyit bersama halia, bawang merah dan cili kisar. Masukkan serai, lengkuas dan belacan hingga naik bau.
(*)2. Masukkan ayam dan biarkan masak.
(*)3. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
(*)4. Perlahankan api dan masukkan pula daun limau purut. Biarkan seketika hingga terbit bau sebelum matikan api.
resepi dari mediasosialkini