BAHAN-BAHAN
2 ketul dada ayam
3 keping cendawan hitam (direndam dan dipotong nipis)
1/2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK A
20gm halia
4 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN DITUMBUK B
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

CARA PENYEDIAAN
1) Lumurkan ayam dengan halia,bawang putih dan garam.
2) Perap selama 30 minit.
3) Kukus ayam sehingga masak.
4) Tuangkan cuka,masukkan cendawan/kulat hitam dan bahan tumbuk B.
5) Kukus lagi selama 5 minit 

Nota: ini hanya rekemen resepi untuk ibu berpantang.. namun diingatkan ada juga ibu berpantang alah pada cendawan/kulat ini.