BAHAN-BAHAN :

500 gm daging lembu kisar
1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
50 gm serbuk roti
Garam secukup rasa
Mentega untuk memanggang

 

CARA MEMASAK
1. Proses penyediaan hidangan ini dimulakan dengan memasukkan daging lembu kisar ke
dalam mangkuk. Kemudian, masukkan sedikit garam, bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang. Gaul rata supaya semuanya sebati.
2. Selepas itu, perapkan bahan yang telah digaul selama kira-kira 1 jam.
3. Setelah satu jam, proses disambung dengan membentuk adunan tadi.
4. Paling sesuai adunan tersebut dibuat bentuk bulat. Saiznya pula mestilah kecil-kecil untuk memudahkan anak anda memakannya.
5. Ulangi langkah membentuk adunan tersebut sehingga habis. Setelah habis, ketepikan
kesemuanya.
6. Langkah seterusnya ialah memanggang daging. Untuk itu, anda perlu memanaskan
kuali leper dengan api sederhana dan sapukan sedikit mentega ke atasnya bagi mengelakkan bebola daging melekat pada kuali.
7. Setelah mentega cair dan kuali panas, masukkan bebola daging dan panggang
sehingga masak.
8. Bebola daging yang sudah siap dipanggang bolehlah dihidangkan bersama roti pita,
nasi, roti burger ataupun salad.

 

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.