Bahan-Bahan:

 

Cara Memasak:

Pertama sekali, daging batang pinang dihiris nipis dan dipotong kecil-kecil. Tuang kicap dan sos tiram dan gaul rata. Perapkan dalam peti ais, lagi lama lagi bagus. Kami perap sehari.
Next, buang tangkai cili hidup dan cili padi. Nak bagi dendeng berapi gunakan banyak-banyak cili padi. Baru kick! Kemudian blender separuh hancur
Bawang putih dan bawang merah, blendkan separuh hancur juga.
Limau, perahkan dan ambil jusnya.
Ok, semua bahan dan ready! Boleh start buat.

Pertama sekali, panaskan minyak dan goreng daging menggunakan teknik deep fried sehingga daging garing. Goreng sedikit sedikit sampai habis.
Next, ambil kuali besar sikit dan panaskan minyak goreng daging tadi, tapis sikit supaya minyak tak hangit.
Masukkan bawang putih dan bawang merah dan tumis hingga naik bau.
Bila dah naik bau, masukkan cili pula.
Gaul rata dan tunggu sehingga pecah minyak. Time ni memang ambil masa sikit nak kasi cili garing, bertabahlah perut. Kejap lagi boleh makan.
Ps: Kalau cili tak garing nanti sakit perut!
Bila cili dah garing, campakkan gula perang dan garam.
Tuangkan air perahan limau tadi.
masukkan daun limau purut
Lagi sekali, kacau perlahan lahan sehingga pecah minyak semula. Makan masa sikit jeee lagi.
Bila dah pecah minyak, campakkan daging. Gaul sampai rata!
Gaul sehingga kuah hampir kering. Boleh try rasa, kalau kurang umph, boleh tambah kicap sikit dan gaul lagi sikit.
Siap! Satu kuali dapat. Kami selalu suka pack masuk tupperware banyak-banyak lepastu nanti nak makan boleh masuk microwave je. Mudah dan sedap! Selamat mencuba!

Petikan: FB Resepi Sedap

 

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.