Oleh: Editorial RASA

Waktu memasak : 45 minit
Saiz hidangan untuk : 5 orang

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tulang lembu | dipotong kecil
  • 5 biji ubi kentang | didadu besar
  • 500ml santan pekat
  • 4 sudu makan rempah gulai
  • kawah
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • Gula merah dan garam
  • secukupnya
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2sm lengkuas
  • 2sm halia

CARA MEMASAK:

  1. Tulang dibersihkan dan direbus sehingga empuk. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan rempah bersama cili kisar dan biarkan dimasak sehingga pecah minyaknya.
  4. Masukkan tulang yang telah direbus dan gaulkan sebati. Jika terlalu kering, tambahkan tiga sudu makan air atau air rebusan tulang tadi.
  5. Masukkan santan pekat, kerisik, air asam jawa, gula merah, ubi kentang dan didihkan lagi sehingga kesemua bahan empuk dan sebati.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan tutup apinya sebaik kuahnya pekat dan minyak mula timbul.
  7. Angkat dan hidangkan.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.