Bahan-bahannya adalah seperti di bawah:

1. Daging Ayam Kisar / Daging Lembu Kisar*
2. 1 Ulas Bawang Merah dan Bawang Putih Dikisar Berasingan
3. 1 Biji Telur
4. Serbuk Lada Hitam
5. Serbuk Roti / Breadcrumbs**
6. Serbuk Jintan Hitam (Mixed Spice Powder)
7. Garam dan Gula secukupnya

*Satu pek daging kisar 400g boleh buat untuk 4 daging burger

**Jika tiada boleh bakar roti dan kisar guna blander kering

Cara Membuat:

  1. Satukan segala bahan-bahan tadi secukup rasa dalam satu bekas dan gaulkan.
  2. Bentukkan gaulan tadi menjadi bentuk daging burger – buat besar-besar dan leper. Nanti bila dah masak dia akan mengecut. (bentuk bulat/bujur)
  3. Masukkan dalam peti ais setelah dibentukkan, nanti dalam sejam dua keluarkan dan bakar.

    Dah bakar tu, terpulanglah sama ada nak tambah apa dalam burger tadi – cheese, tomato, salad, sos cili, mayonis dan lain-lain. Jangan lupa roti buger – baru nampak jadi burger bakar.

 

Resipi diambil dari http:resepi-dan-cara-membuat-burger-bakar

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.