Tetel ialah daging lembut yang bercampur dengan urat, tulang, lemak dan yang seangkatan dengannya

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging tetel                   | direbus sehingga empuk
  • 250ml minyak masak

 

 

Rasa Karangkraf
BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 5cm lengkuas
  • 5 batang serai
  • 250ml cili kering kisar
  • 4 biji buah keras
  • 5cm kunyit hidup

BAHAN B:

  • 250ml air asam jawa
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji tomato                            | dibelah empat
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak dan garing.
  2. Selepas itu masukkan daging tetel. Kacau rata sehingga mesra dan sebati.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan B seperti air asam jawa, daun limau purut, tomato, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga mendidih.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.