120 gm fillet ikan atau isi ikan
3 sudu makan tepung jagung
2 biji telur
30 gm serbuk roti
Minyak masak secukupnya
2 sudu minyak bijan
Sos thousand island
Salad dan lada benggala untuk hiasan
Secawan air garam (satu sudu teh garam)
CARA MEMASAK
1. Sediakan beberapa potong ikan yang banyak isi seperti ikan tenggiri atau ikan merah. Anda boleh membuat sendiri fillet ini ataupun gunakan sahaja fillet yang ada dijual di pasaraya.
2. Jika hendak buat sendiri, hancurkan isi ikan. Setelah siap, masukkan tepung jagung dan gaul rata. Pastikan adunan isi ikan dan tepung benar-benar serata.
3. Masukkan air garam dan minyak bijan dan gaul lagi hingga rata. Untuk memudahkan
kerja menggaul anda boleh gunakan senduk kayu atau pun tangan anda sendiri. Kemudian dibentuk menjadi empat segi dan dileperkan.
4. Setelah selesai, sediakan sebuah mangkuk kecil dan pukul telur sehingga kembang.
Gunakan pemukul telur yang khas untuk memudahkan kerja anda.
5. Kemudian, celupkan fillet ikan ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.
6. Sediakan kuali dan panaskan minyak dengan api sederhana. Setelah minyak betul-betul panas barulah dimasukkan fillet tadi dan goreng hingga garing.
7. Hidangkan bersama sos thousand island atau sos tomato bersama salad.