Bahan-Bahan (2-3 orang)

  • 2 genggam ikan bilis- dibersihkan
  • 5 biji cili api * – nak pedas bleh tambah. Campur merah dan hijau.
  • 1 btg cili merah *
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit hidup atau 1/2 st serbuk kunyit *
  • 1/2 labu bawang besar – di potong 8
  • 1 helai daun kunyit – dikoyak2
  • tempoyak ikut suka nak banyak mana… dlm 1 senduk ker…
  • garam secukup rasa (jgn manyak2.. ikan bilis dah masin..)
  • minyak

Cara-cara

  1. Untuk ikan bilis yang di goreng: Ketepikan 1 sudu ikan bilis .. Goreng ikan bilis sehingga garing… ketepikan… Kisar bahan bertanda * bersama 1 sudu ikan bilis yang diketepikan tadi.
  2. Untuk ikan bilis yang tak digoreng: Kisar kasar ikan bilis dan bahan bertanda *
  3. Tumis semua bahan kisar sehingga garing.
  4. Masukkan tempoyak. Kacau sehingga naik bau.
  5. Tambah sedikit air, masukkan garam. Masak sehingga naik minyak dan pekat.
  6. Masukkan daun kunyit dan bawang besar . Kacau rata. Kemudian tutup api bila bawang besar dah layu.
  7. Untuk ikan bilis goreng, last sekali, masukkan ikan bilis tadi.. kacau rata.

Selamat menjamu selera

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.