🐟RESEPI IKAN SIAKAP ALA THAI🐟

Bahan-bahan :
Seekor ikan siakap
2 biji limau nipis
1 batang serai
5 hirisan halia
3 tangkai cili kecik merah
3 tangkai cili kecik hijau
5 ulas bawang putih
1 batang daun ketumbar
Setengah kiub pati ayam
Sos ikan

Cara-cara (untuk ikan)
1.Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya
2.Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan
3.Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir
4.Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

Cara masak (kuah stim ala Thai) :
1.Cincang bawang putih secara kasar
2.Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
3Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
4.Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
5.Kacau kuah sehingga sebati.

Langkah terakhir :
1.Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
2.Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.
3.Sedia dihidang.

📝Zurina Zulkefli

About The Author

Related Posts