RESEPI SIAKAP STIM LEMON
Bahan-bahan untuk siakap stim lemon:
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 biji bawang besar
4-5 biji cili padi
1 biji tomato
Daun ketumbar
1 biji lemon (tambah lebih jika suka)
1 ekor ikan siakap
Sedikit garam
2-3 sudu besar sos ikan
3 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air
1/2 kiub ayam
1 1/2 cawan air
Cara-cara untuk siakap stim lemon:
Cincang kasar bawang putih, bawang besar, dan cili padi manakala cincang halus halia secara memanjang. Kemudian, potong tomato.
Hiris halus sebiji lemon untuk dijadikan hiasan dan sebiji lemon lagi diperah jusnya untuk dijadikan kuah ikan siakap stim.
Bersihkan ikan dan kelar kedua belah bahagian ikan siakap tersebut.
Didalam bekas kukus, gaul ikan dengan sedikit garam dan masukkan 2-3 sudu sos ikan serta serai kedalam ikan.
Taburkan kesemua bahan cincang kasar dan halus serta tomato dan batang ketumbar.
Bancuh 3 sudu kecil tepung jagung. Masukkan kiub ayam kedalam bancuhan tepung dan gaul sedikit. Kemudian, tuang kedalam bekas kukus. (bancuhan tepung jagung adalah pilihan ya. Nak letak boleh, tak nak letak pun tidak mengapa).
Masukkan air, perahan jus lemon dan tambah sedikit lagi sos ikan.
Kukus ikan dalam anggaran 15-20 minit.
Buka tudung pengukus dan hias dengan hirisan lemon. Selepas itu, sambung kukus lagi 5 minit.
Setelah siap dikukus, taburkan hirisan daum ketumbar dan cili merah untuk kelihatan lebih menarik. Kemudian, ikan siakap stim lemon sedia untuk dihidang.
CheNom