Ramuan:

Kek:

  • 150g Mentega, dilembutkan sedikit
  • 150g Gula Kastor
  • 3 biji Telur
  • 180g Tepung naik sendiri
  • 50ml Susu
  • 1/2 sudu kecil ekstrak Vanila

Aising:

  • 20g Mentega
  • 60g Keju berkrim, dilembutkan pada suhu bilik
  • 70g Gula Aising
  • 2 sudu besar pati Blackcurrant Ribena

Cara Menyediakan:

  1. Putarkan mentega dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pastikan setiap biji telur dipukul sebati sebelum memasukkan telur yang seterusnya.
  2. Masukkan separuh tepung yang sudah diayak, tambahkan susu dan vanila sebelum memasukkan baki tepung. Kaup dan balikkan adunan sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan kek cawan (dialas acuan keras) sehingga 3/4 penuh. Bakar didalam ketuhar (190′c) selama 12-15 minit atau sehingga kek naik dan berwarna keemasan. Biarkan ia sejuk.
  4. Campurkan mentega dan keju berkrim dan pukul sehingga licin. Kemudian, tambahkan gula aising dan pati blackcurrant Ribena- pukul sehingga sebati.
  5. Sapukan aising ribena ke atas kek yang telah disejukkan. Untuk kesan menarik, titiskan beberapa titik pati blackcurrant Ribena di atas lapisan aising dan kacau aising dengan menggunakan pengcungkil gigi.

(Sri Dewi & Keluarga, Ogos 2009)