KEK MARBLEBahan-bahan
1 buku buttercup (250gram)
1/2 cawan gula kastor
1 cawan Dulce De Leche
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur
2 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit susu cair(dijadikan koko paste)
2 cawan tepung gandum*
1 1/2 sudu teh baking powder*
Ayak bahan-bahan bertanda *

Cara membuatnya
Pukul buttercup dan gula hingga kembang
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi
Masukkan Dulce De Leche sambil adunan dipukul hingga sebati
Perlahankan mixer,masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit
Pukul lagi hingga adunan sebati
Pukul telur dalam mangkuk berasingan(saya pukul manual je)
Masukkan telur yg telah dipukul tadi ke dalam adunan tepung tadi
Pukul sebati dgn kelajuan rendah
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Satu adunan asal dan satu adunan dimasukkan koko paste tadi
Sediakan loyang yg telah digris dan dialas dgn kertas
Tuang satu senduk adunan asal di tengah2 loyang,diikuti adunan koko di atas adunan asal tadi
Buat berselang-seli sehingga adunan habis
Bakar di dalam oven(panaskan oven terlebih dahulu)
Saya guna suhu 180’C api bawah(bergantung pada oven masing2)
Cucuk kek dgn lidi,bila lidi bersih ketika ditarik,maknanya kek dah masak
Biarkan kek di dalam oven sebentar sebelum dikuarkan

Bahan-bahan(untuk Dulce De Leche)
1 tin susu pekat manis
Air secukupnya

cara2 buat dulce

Cara membuatnya:
Buangkan kertas pembalut tin susu tersebut
Masukkan tin susu tersebut ke dalam rice cooker dan tambah air paip
Pastikan air tu menenggelamkan tin susu tersebut
On kan rice cooker dan rebus selama 3 jam
Masa rebus ni jangan tertido pulak,nanti hangus periuk tu
Bila air dah berkurang,tambah air panas
Saya tambah 2 kali air panas masa buat ni
Kalo nak jimat masak la 2/3 tin susu sekaligus
Bila dah cukup 3 jam,biar sejuk sikit baru kuarkan dari rice cooker
Biar betul2 sejuk baru buka tin dan masukkan Dulce De Leche ni ke dalam bekas kedap udara/tupperware
Simpan dalam peti sejuk
Dulche De Leche ni juga boleh dimasukkan ke dalam minuman dan disapukan pada roti/biskut

About The Author

Related Posts

2 Responses

  1. syar

    Salam Chef.. nak buat dulce de leche ni mmg kena guna rice cooker shj ke or boleh guna atas dapur gas or dapur letrik ke or any other method?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.