Bahan-bahannya (5 Hidangan):

Untuk tepungnya:

  • 2 cawan tepung serba guna
  • 3 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 6 sudu mentega (dicairkan)

Untuk Topping:

  • 3 biji pisang berangan
  • Coklat cip
  • Coklat spread
  • kacang tumbuk
  • 4 sudu besar gula

Cara Membuatnya:

  1. Campurkan tepung , gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata kesemua bahann dan ketepikan.
  2. Masukkan telur dan pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan pula susu dan mentega. Kacau aduan sehingga sebati.
  3. Selepas itu, masukkan campuran tepung, gula dan garam tadi. KAcau sehingga aduan cukup sebati.
  4. Adunan yang sudah siap bolehlah dituangkan ke dalam kuali leper yang sudah dipanaskan dan disapukan sedikit mentega.
  5. Lakukan seperti membuat kulit kuih gulung atau apam balik nipis. Setelah separuh masak, sapukan coklat spread ke atas tepung.
  6. Susunkan pisang yang dihiris nipis ke atasnya.
  7. Kemudian taburkan coklat cip dan kacang tumbuk.
  8. Sedia dihidangkan.

( Pa&Ma, Julai 2009)

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.