Bahan-bahan :

  • 8 butir kuning telur
  • 1 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1 1/2 cawan gula pasir (saya gunakan gula pasir halus)
  • 1 1/2 cawan pati santan
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 bungkus yis (saya guna mauripan)
  • 1/2 cawan badam cincang (almond nibs)
  • sedikit mentega/margerin untuk lengser acuan
  • kertas minyak untuk alas acuan

Cara-cara :

  1. Masak gula dan santan atas api sederhana sehingga mendidih (pastikan kacau sekali-sekala untuk mengelakkan santan pecah minyak).
  2. Padam api, masukkan daun limau purut. Biarkan sejuk ke suhu bilik.
  3. Pukul kuning telur dengan garfu sehingga berbuih (jangan guna mesin pengadun kek).
  4. Masukkan santan yang telah disejukkan (buang daun limau purut), tepung ubi kayu dan yis. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  5. Peramkan adunan selama lebih-kurang 6 jam (saya selalunya peram dalam oven, sebab tempat tu tak berangin dan tak sejuk).
  6. Setelah 6 jam, panaskan oven (gas atau elektrik, tapi jangan microwave) ke suhu 170 darjah Celsius).
  7. Sambil menunggu oven panas, panaskan acuan. Kemudian, alas acuan dengan kertas minyak dan lengser dengan sedikit mentega/margerin.
  8. Tuang adunan bika ke dalam acuan dengan perlahan. Bakar dalam oven, dengan dibiarkan pintu oven terbuka sedikit.
  9. Apabila permukaan bika dah kelihatan berongga-rongga (lebih-kurang 1/2 jam kemudian), taburkan badam cincang ke atas permukaan bika.
  10. Tutup pintu oven dan sambung membakar sehingga bika berwarna kuning-kecoklatan dan mengecut dari tepi acuan (lebih-kurang 1/2 jam lagi).
  11. Keluarkan dan biarkan sejuk dalam acuan, sebelum dipotong-potong mengikut citarasa.

(CAKAP.Net : Mat.g)

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.