Resepi Bingka Roti BerlapisBahan-Bahan (untuk 6 orang)

1. 6 keping roti sandwich dipotong kecil
2. 2 cawan santan pekat
3. 3/4 cawan gula pasir – dikisar halus
4. 1/2 cawan tepung gandum
5. 2biji telur
6. 2 sudu teh serbuk koko
7. 1 sudu teh esen vanila
8. sedikit pewarna kuning

Cara-cara memasak:

Satukan santan, roti, telur, tepung gandum dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
Tuang bahan tadi ke dalam mangkuk besar, masukkan gula kisar bersama esen vanilla dan gaul sehingga sebati. (menjadi adunan berwarna putih)
Ambil 1 1/2 cawan dari adunan tadi dan campurkan bersama serbuk koko, kacau sehingga sebati. (adunan coklat)
Kemudian ambil 1 cawan adunan lg, masukkan pewarna kuning, gaul sebati. (adunan kuning)
Baki adunan lainnya kekal berwarna putih.
Tuang 1/2 cawan adunan putih tadi dalam pemanggang cynthia dan dibakar selama 10minit dengan api perlahan. Ulangi proses melapis dengan coklat dan kuning secara bergilir-gilir. Lapisan yang akhir dipanggang sehingga 30minit.
Pastika bingka benar-benar sejuk baru dipotong

** selamat mencuba!!
SMS/whatsapp untuk menempah pemanggang cynthia ini (32cm) – free buku resepi.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.