Waktu memasak : 35 minit
Saiz hidangan untuk : 4-5 orang
Rasa Karangkraf >> Petikan
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
100gm mentega
120gm gula aising
3 biji telur
1 sudu teh perisa epal
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula di dalam sebuah bekas sehingga kembang.
- Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
- Selepas itu, masukkan adunan tepung yang telah diayak dan adun sebati.
- Setelah ia menjadi doh, bentukkan menjadi buah epal.
- Cucuk bunga cengkih pada biskut sebagai tangkai buah epal.
- Warnakan biskut menggunakan pewarna hijau dengan kemas.
- Susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 1850C selama 12 minit atau hingga masak.
- Setelah masak, angkat dan keluarkan. Sedia dinikmati.