cempedak

Bahan-bahan:

  • Ulas Cempedak kuning yang dikeluarkan seulas-ulas
  • Tepung gandum
  • Tepung Beras
  • Gula dan Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit sedikit (warna kekuning2an)
  • Minyak masak untuk mengoreng

Cara Membuat:

  1. Bancuhkan tepung gandum dan sedikit tepung beras bersama air. Kacau sehingga tepung dan air sebati dan menjadi cecair lembut.
  2. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Panaskan minyak.
  4. Masukkan cempedak ke dalam mangkuk berisi tepung tadi.
  5. Goreng cempedak sehingga warna kekuning2an.
  6. Sedia untuk dihidang.