Jom akak share resepi Pulut Sekaya ala Noxxa. Kot nak buat ptg ni kan.
Pulut Sekaya By Noxxa
Orang Kelate panggil Pulut Kaya. Org sini panggil x sure plak.. 😅


Bahan2 Pulut: 2 cawan beras pulut1 cawan air1 cawan santan pekatsecubit garam dan secubit gula
Masukkan semua beras pulut berserta santan dalam Inner Pot Noxxa. Set Rice 5minit. Selesai 5 minit gaul2 dan tekan sampai padat.v
Bahan2 Sekaya :3 helai daun pandan, cuci bersih, masukkan dlm bekas berisi 6biji telur size B..ramas2 telur dgn daun pandan.. (yg ni saya follow cara Datin Isma masak with passion) katanya guna air tangan..😅 Maybe bleh guna mixer utk lg gebu..
3 keping nisey kelantan size sederhana (atau gula melaka byk mana tu agak2) 1 sudu besar gula dan secubit garam3 helai daun pandan dan simpul2
Semua bahan ni, masukkan dalam periuk panaskan atas dapur smpai smua cair.. Sejuk kan.
Apabila air gula melaka tu dh sejuk campurkan dgn bancuhan telur td..kacau2 bg sebati.. tuangkan adunan sekaya atas pulut dlm inner pot td. Set Steam 40mins..
Cubalah kawan2… insya allh jadi! Pulut dia lemak, Sekaya dia tak terlalu manis dan tak keras, dan tak lembik. Comei jaa laa jadi.
Credit to my sis Azizuraini Mat Salleh
========================

kalau nak beli periuk noxxa ni secara ansuran boleh wasap 0123312030 ye

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.