karipap roti

Bahan-bahannya:

Roti gardiner sebungkus

Inti:

Telur 3 biji
Lada sulah
Garam Secukup rasa
Sebiji bawang merah
bawang

Cara-cara buat:

Inti Karipap Roti

1. Hiris halus bawang merah
2. Pecahkan telur, letak garam kemudian campur bawang merah yang telah dihiris. Kocok telur tersebut.
3. Panaskan kuali engan api sederhana
4. Tuangkan minyak dan kacau telur dengan pelahan sehingga hancur.
5. Angkat telur hancur tadi kemudian tabur lada sulah.

Kulit Karipap Roti

1. Ambil sekeping roti
2. Letakkan diatas acuan karipap (banyak terjual di supermarket)
3. Isikan inti yang telah dimasak tadi
4. Tekapkan dengan acuan
5. Goreng dalam minyak yang panas (1-2 menit shj)
6. Angkat dan toskan. Jangan menggoreng terlalu lama kerana roti cepat menyerap minyak.

Setelah siap digorengkan hidangkan bersama sos cili dan kopi O panas. Selamat mencuba ye..

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.