Lengkong Coklat & Dadih bersama Sup Buah Oren & Serai

(Hidangan 2 orang)

Bahan-bahan:

  1. 500ml air
  2. 200ml dadih/yogurt rendah lemak
  3. 5 sudu besar serbuk koko
  4. 3-4 sudu besar Gula Melaka
  5. Serbuk agar-agar (700ml kandungan cecair)
  6. Secubit garam

Untuk Sup Oren:

  1. 5 biji oren (ambil jusnya shj)
  2. Sebiji oren diambil kulitnya dan di potong halus2
  3. 3 batang serai dipotong kasar

Cara penyediaan:

Masak oren jus dan serai sehingga mendidih dan reneh supaya pekat sedikit. Lebih kurang 20minit. Angkat dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Panaskan air untuk membuat lengkong, bersama gula Melaka sehingga gula larut.

Bancuh serbuk koko dengan menggunakan whisk sehingga sebati.

Masukkan serbuk agar2 dan dadih

Kacau rata supaya tidak bergentel.

Matikan api dan tapis adunan.

Tuang ke dalam bekas cetak mengikut selera dan biarkan sehingga ‘set’ dan hidangkan bersama sup oren.

Hidangan gula melaka, gula kabung, gula batu ataupun jaggery adalah lebih baik dari gula biasa/castor. Ini kerana gula ini tidak diproses menggunakan bahan kimia seperti gula putih/pasir ataupun dipanggil ‘raw sugar’. Gula ini masih tinggi kandungan serat, protein, vitamin dan mineral.

 

 

About The Author

Related Posts