Bahan Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan( 2 helai daun pandan)
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur gred c
1 sdk coconut pandan emulco@ pewarna hijau
Secubit garam
sedikit bijan jika suka( yana campur bijan hitam)
.
Cara-cara membuatnya :
.
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. cara yana bakar yana lebih suka bakar atas dapur masak.. Alas kan kuali leper atau penutup periuk sebelum letak loyang..dan tutup kan adunan dgn pnutup periuk.. Lihat seperti gambar di bawah.. Bakar hingga masak sepenuhnya..

Kaedah oven:

Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.

*Sukatan cawan semua harus guna cawan yg sama ye..

Sumber: Ummie Lyana’sKitchen

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.