RESIPI TEPUNG TALAM MAKCIK TEPI JALAN

Lapisan gula merah-
*1/2 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula
*1/2 cawan gula merah
*1 1/2 cawan santan

Kisar semua..tuang dalam acuan (separuh acuan) tapis dulu kalau blend sekali gula merah..
Kukus 15-20 minit (ikut ketebalan)
Sejukkan, biar sedikit keras sebelum tuang lapisan putih.

Lapisan putih-
*1/2 cawan tepung beras
*1 1/2 cawan santan
*2 sb tepung jagung
*secubit garam
Kisar semua..tuang atas lapisan gula merah td.
Kukus semula (20minit ++)
Dah masak tunggu sejuk baru boleh potong ye  
Simple je kan..

~Saya guna santan kotak je, jadi saya ambik secawan santan ja, setengah cawan lagi tambah air. Sebab santan kotak kan pekat sikit.
~Yg lapisan bawah tu, setengah cawan air, saya bancuh dengan gula merah lepas itu tapis dalam blender..
.
.
Selamat mencuba…. 🙂 Sila SHARE ye. Jika ingin share, komen “SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
.

Credit: Petua Rumahtangga Mamanor

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.