Bahanbahan:
Untuk inti:
1) ½ biji kelapa muda parut
2) 1 ketul gula melaka
3) 2 sudu makan air
4) 1 helai daun pandan
Untuk kuih:
1) 1 cawan tepung beras
2) 2 cawan santan
3) ½ sudu teh garam
4) 4 sudu besar tepung pulut (bancuh dgn 1 sudu makan air membentuk doh)
5) Daun pisang yang telah dilayur dan lidi secukupnya

Cara Memasak:
Untuk inti:
1) Cairkan gula dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih.
2) Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Tutup api dan sejukkan.
Untuk kuih:
1) Leperkan doh tepung pulut dan masukkan sedikit inti. Tutup jadikan bebola. Buat
sampai habis.
2) Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau atas api hingga separuh masak.
3) Panaskan kukusan.
4) Ambil dua sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan
2 bebola tadi dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
5) Tutup daun pisang dan lipat keduadua
hujung daun seperti bungkus tapai, semat
dengan lidi dan kukuskan selama 20 minit.
6) Sejukkan dan hidangkan