Ramai dah tahu bolěh wat lemang guna periuk Noxxă kan? Meh akak share cemana caranya..
Resěpi lemang noxxă
1. Rendam pulut 30 minit. Seeloknya beras pulut susu siam.
2. Potong buluh ikut ketinggian inner periuk. Agak-agak muat masuk periuk. Masa potong tu memang mencabar kena pakai grinder baru cantik kata tokey lemang. Yang takde ruas kat bawah tu kena kreatif la balut pakai aluminium foil ke..
3. Gulung daun pisang, bahagian bawah daun tu biar dok belah dalam. Masukkan daun tadi dalam buluh.
4. Masukkan pulut tinggalkan lebih kurang seinci dari aras buluh tu kang nak letak santan. Cocok pulut buat rongga lubang supaya santan yang bakal dituang selepas ini sampai ke lapisan bawah.
5. Masuk santan sampai aras buluh. Santan seeloknya santan segar yang baru diperah. Kalau darurat, letak santan kotak pun takpe, letak garam sikit untuk naikkan rasa lemak.
6. Alaskan inner pot noxxă dengan daun pisang atau kain. Letak secawan air.
7. Susun buluh2 lemang anda. Dalam 12 batang juga la muat.
8. Periuk noxxă lama : tekan hp 20
Periuk noxxă baru : tekan manual + sampai 20 lepas 4 saat dia akan start sendiri.
9. Siap!
Selamat mencuba lemang noxxa 🤩🤩