Bahan:
3 pot beras basmathi (akak guna jasmin basmathi pusa gold)
5 pot air(1 pot di guna untuk blend dengan bawang goreng)
2 sudu makan planta(nak guna minyak sapi pun boleh)
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Rempah sup bunjut adabi-1
1 genggam bawang goreng (mesin dgn air)
1 sudu makan kismis
Garam dan perasa
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia

Cara2:
Blend bahan bertanda *
Panaskan rice cooker.. masukkan planta
Tumis rempah 3 serangkai
Masukkan bahan blend.. masukkan rempah sup bunjut
Masukkan kismis, garam dan perasa
Masukkan bawang goreng yang dah di blend dengan 1 pot air
Masukkan beras
Akhir sekali masukkan lagi 4 pot air..
Tutup periuk dan biar hingga masak..
Bila dah masak.. kaiskn dengn garfu (utk elakkn nasi jadi patah-patah)

– Mazliza Ahmad (FB)

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.