Rancangan asal buat donut..tapi, anak-anak minta roti sosej pulak..kita meroti je la.tapi pakai adunan untuk donut.pun jadi lembut gebu dan sedap..uli guna tangan je.? sekali hadap je ni.habis semua ?

Saya buat roti sosej versi bakar dan goreng.lepastu dapat la roti cheese seloyang kecik. ?

Resepi kat bawah ni ????

Bahan-bahan:

1 paket yis kering
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 cawan air
(Bancuh semua bahan ni, dan biar hingga berbuih seperti dalam gambar ya)

4 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
1 sudu kecil dough softener
1 sudu kecil garam

Cara Memasak:
-gaul semua bahan ni sampai jadi macam serbuk roti.
-masukkan air yis sedikit demi sedikit sambil menguli.uli hingga adunan sebati dan tak melekat di tangan.
-perap hingga adunan naik 2 kali ganda.
-boleh la bentukkan ikut suka.nak buat donut boleh.nak buat pau sambal boleh.nak buat roti pun boleh ?
-lepastu, boleh la goreng atau bakar ya.

Credit: Salimah Olie

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.