Bahan-bahan:

  1. Kueh Teow 1 bungkus (cukup untuk 5 org mkn) 80sen (SGD 0.35)
  2. Bawang putih dipotong dadu/atau diblend (satu sudu besar)
  3. Cili kering (di blend, satu sudu besar) atau cili boh
  4. Udang basah (1 – 2 ekor)
  5. Kerang (100 – 300 gram) direbus dahulu (optional)
  6. Kicap manis (1/2 sudu besar atau 1.5ml)
  7. Kicap masin (1/2 sudu besar atau 1.5ml)
  8. Kicap pekat (1/2 sudu besar atau 1.5ml)
  9. Sos Nampla atau sos ikan/sotong (1/2 sudu besar atau 1.5 ml) – optional
  10. Garam (1/5 sudu besar atau 1/2 sudu kecil)
  11. Telur ayam (1 biji) – dipecah dan dikacau di dalam bekas kecil.
  12. Taugeh (30 sen (SGD 0.10) sahaja tetapi pakai 1/5 bahagian sahaja)
  13. Sayur Kuchai (optional) pakai sedikit sahaja
  14. Minyak memasak sayuran (1-2 sudu besar)
  15. Air (secawan)
  16. Secubit belacan (shrimp paste)

Kaedah Memasak: (10-15 minit)

  • Panaskan kuali dan letakkan minyak masak. Gunakan api yang sederhana.
  • Masukkan bawang putih, cili yg di blend(kisar), dan udang basah.
  • Kemudian masukkan kicap-kicap manis, masin, pekat dan sos nampla serta belacan.
  • Kacau campuran itu tadi hingga sebati dan kemudian masukkan air.
  • Biarkan hingga campuran mendidih dan kemudian masukkan telor.Kacaukan kuah itu tadi sehingga telur hancur. Masukkan 5 ketul kerang rebus tadi.
  • Masukkan garam, kueh teow (satu genggam sahaja), sayur kuchai dan juga taugeh.
  • Biarkan ramuan serasi selama 1 minit dan kemudian boleh dihidangkan panas.

Khasiat: Protein ada, fibre ada, karbohidrat ada, kholesterol..sedikit jer. Lemak pun ada.
Tip: Kurangkan garam jika nak sihat, tiada kencing manis.

(CAKAP.Net : richzuan)

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.