Rasa Karangkraf

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm kuetiaw
  • 1 ulas bawang putih | diketuk
  • 10gm sawi | dihiris
  • 10gm lobak merah | dihiris
  • 10gm kubis cina | dihiris
  • 20gm hirisan ayam dan udang
  • 1 sudu teh tepung jagung |
    dicairkan dengan sedikit air
  • Air rebusan ayam secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sos tiram secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Lada sulah secukupnya
  • Minyak bijan secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis kuetiaw bersama sedikit minyak bijan. Kacau rata. Angkat dan ketepikan.
  2. Selepas itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali sekali lagi, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan sedikit air rebusan ayam, sayur-sayuran, hirisan ayam, udang, serbuk perasa, garam secukup rasa, sos tiram dan air tepung jagung. Kacau sehingga sebati.
  3. Tuangkan kuah ke atas kuetiaw tadi.
  4. Sedia untuk dinikmati

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.