Oleh: Editorial RASA
Tarikh: 23 Mei 2012

Waktu memasak : 20 minit
Saiz hidangan : 2 orang

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm kuetiau
  • 3 ekor udang besar
  • 10gm bawang putih            | dicincang
  • 10gm lobak merah             | dihiris halus
  • 10gm kucai                          | dipotong
  • 10gm taugeh
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan cili giling
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan kicap masin
  • Minyak untuk menumis

BAHAN HIASAN:

  • 1 batang daun sup                   | dihiris
  • 1 biji cili merah                          | dihiris

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing. Masukkan telur dan dikacau rata.
  2. Kemudian masukkan udang, cili giling, sayur-sayuran dan kuetiau. Kacau rata dan kaup balikkan.
  3. Setelah itu masukkan kicap manis dan kicap masin. Seimbangkan rasanya dan sebatikan.
  4. Akhir sekali, taburkan hirisan cili merah dan daun sup. Sedia untuk dihidangkan.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.