Bahan-bahan:
- 1 kg mee kuning
- 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
- 1 labu bawang putih (diketuk)
- 5 biji bawang merah
- ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)
- ½ cawan udang hidup
- 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
- Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
- Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
- ¾ – 1 cawan gula pasir
- 3 – 4 cawan air rebusan daging
- 1 sudu makan sos tiram
- Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
- Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Tip: Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Tip: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
mee bandung ni x letak serbuk kacang tanah ke? rasanya kalau ltk lagi sedap….
pakai keledek utk wat kuah mee bandung bleh x??
air rebusan kulit udang untuk wat mee bandung??
klu de resepi tambahan yg drasakan sesuai.. persilakan.. masng2 mengikut citarasa sdr. 🙂
Resepi mee bandung berkuah kacang dari batu pahat!
[…] dipetik daripada sini. Dia masak mungkin untuk 4-5 orang, jadi kalau nak masak untuk 2 orang, kurangkan je lah […]
Macam bukan mee bandung muar yg asli jer…. betul ke nie chef?
da cube rsepi ni…mmg sodap sgt2… :-p
sampai secawan gula pasir ni.
cawan beso mana ni?
tak ke manis?
3/4 cawan – secawan. yup
mak teh dah cuba mmg sdp,,cubalahh…….
mak teh dah cuba mmg sdp….kalau kata gula secawan jgnlah bubuh secawan padanklan dgn kuantiti kuah tu,,
ni baru mee bandung muar asli.. saya org muar..
Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe
Jemput ke blog saya
http://norzuryati.blogspot.com
~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..
Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..
Memang gune selabu ke bawang Putih? Ke seulas?Bawang Merah tu hat Yang besar ke yg kecik? Maaf saya confused sebab cili 10 tangkai. Tu yg terfikir2 tu