Bahan-bahan blender:
5 bj bwg kecil
3 bj bwg putih
1 bj bwg besar
15 tangkai cili kering
10 kpg biskut merie
10 gm udang kering
1 cwn air
Bahan lain:
1/2 kg mee kuning
150gm kacang tanah hancur
1 ekor sotong kembang (hiris kecik2)
200 gm daging (rebus dan potong kecik)
air rebusan daging
sawi
1 bj telur
1 sdb sos tomato
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak utk menumis
Cara Buat:
Panaskan minyak. Tumis bahan blender hingga mendidih. Masukkan kacang tanah dan gaul. Biarkan sekejap. Masukkan air rebusan daging. Kalau masih pekat, masukkan sedikit air. Didihkan. Masukkan sotong kembang dan daging. Didihkan lagi. Masukkan telur, sawi, sos tomato, garam, dan gula. Kemudian masukkan mee, gaul sekejap dan angkat.
Mee bandung ni sedap di makan masa panas2. Tambah sikit sos tomato ke dlm mee bandung tuu.. Fuuuhh…mmg besssttt!!!!!!!!!!
Selamat mencuba!
Petikan dari Yani’s Kitchen.

 

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.