Bahan-bahan:
- Kuetiau 1 bungkus (cukup untuk 5 org mkn) 80sen (SGD 0.35)
- Bawang putih dipotong dadu/atau diblend (satu sudu besar)
- Cili kering (di blend, satu sudu besar) atau cili boh
- Udang basah (1 – 2 ekor)
- Kerang (100 – 300 gram) direbus dahulu (optional)
- Kicap manis (1/2 sudu besar atau 1.5ml)
- Kicap masin (1/2 sudu besar atau 1.5ml)
- Kicap pekat (1/2 sudu besar atau 1.5ml)
- Sos Nampla atau sos ikan/sotong (1/2 sudu besar atau 1.5 ml) – optional
- Garam (1/5 sudu besar atau 1/2 sudu kecil)
- Telur ayam (1 biji) – dipecah dan dikacau di dalam bekas kecil.
- Taugeh (30 sen (SGD 0.10) sahaja tetapi pakai 1/5 bahagian sahaja)
- Sayur Kuchai (optional) pakai sedikit sahaja
- Minyak memasak sayuran (1-2 sudu besar)
- Air (secawan)
- Secubit belacan (shrimp paste)
Kaedah Memasak: (10-15 minit)
- Panaskan kuali dan letakkan minyak masak. Gunakan api yang sederhana.
- Masukkan bawang putih, cili yg di blend(kisar), dan udang basah.
- Kemudian masukkan kicap-kicap manis, masin, pekat dan sos nampla serta belacan.
- Kacau campuran itu tadi hingga sebati dan kemudian masukkan air.
- Biarkan hingga campuran mendidih dan kemudian masukkan telor.Kacaukan kuah itu tadi sehingga telur hancur. Masukkan 5 ketul kerang rebus tadi.
- Masukkan garam, Kuetiau (satu genggam sahaja), sayur kuchai dan juga taugeh.
- Biarkan ramuan serasi selama 1 minit dan kemudian boleh dihidangkan panas.
Khasiat: Protein ada, fibre ada, karbohidrat ada, kholesterol..sedikit jer. Lemak pun ada.
Tip: Kurangkan garam jika nak sihat, tiada kencing manis.
(CAKAP.Net : richzuan)