Bahan-Bahan:

  • 350g tepung gandum
  • 250g tepung beras
  • 100 ml air
  • 2 biji putih telur
  • 6 sudu makan minyak masak
  • Sedikit garam

Cara-cara Membuat:

  1. Masukkan tepung gandum, tepung beras, air dan putih telur ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan minyak dan garam.
  3. Uli sehingga sebati dan doh menjadi kental. Gunakan mesin pembuat mi dan gelekkan hingga menjadi kepingan kueh teow.
  4. Didihkan air dalam periuk dan campurkan dengan sedikit minyak. Celur seketika kueh teow dan toskan.