Thai Red Tea Recipe

Cara Membancuh Air Teh Merah Thailand

ICE MILK RED TEA
1. Serbuk Teh Merah (Chatramue Brand)
2. Susu Sejat (krimer cair)
3. Susu Pekat Manis
4. Gula
5. Ais batu

Cara-cara menyediakan ICE MILK RED TEA untuk minum (1) sorang.

1. Masukkan serbuk teh merah (setengah sudu cukup) ke dalam gelas plastik (kalau ada).

2. Tuang air panas setengah gelas dan kacaukan.

3. Kemudian tapiskan. Ambil air yang telah ditapis tadi tambah lagi air panas sehingga 180ml.

4. Masukkan gula 2 sudu besar, kacaukan.

5. Masukkan 2 sudu susu pekat dan kacau lagi.

6. Masukkan ais batu yang dipecah kecik-kecik.Masukkan ais batu sampai penuh.

8. Terakhir sekali tuang susu sejat (krimer) ke atas sekali. Tiada sukatan dan ikut cita rasa masing2.

Sedia diminum. 🙂

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.