Buah Manjakani boleh dijadikan sebagai air rebusan. Air rebusan buah Manjakani boleh menyembuhkan luka bersalin dengan cepat. Selain itu Manjakani merupakan salah satu bentuk pencuci keintiman wanita yang sangat hebat bukan sahaja membantu mencuci bahagian sulit wanita tetapi juga boleh merawat masalah bau yang kurang enak di bahagian sulit serta membantu merawat keputihan. Ia juga boleh mengetatkan kembali faraj.

AIR REBUSAN MANJAKANI

BAHAN-BAHAN:
5 biji buah manjakani/ beli online
500ml air
2 cm halia
2 cm kunyit
2 keping asam keping/ beli online

CARA-CARA:
1.Didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 15 minit.
2. Tapis kemudian boleh dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.

Info:
Kalau hari ini minum air kunyit, besok air rebusan manjakani. Selang seli. Bagus minum air kunyit dan rebusan manjakani nak baikkan luka dalaman dengan cepat

(Resepi Masakan 2020)