Asam Pedas Tumis (Melaka)

29 Aug 2009 In: Ikan / Fish, Resipi Ramadhan

Bahan-bahan:

  • ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
  • 7/8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sebesar ibu jari kaki belacan
  • kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
  • air asam jawa
  • cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
  • 2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
  • sedikit halba
  • sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
  • garam secukup rasa
  • perasa ajinomoto jika suka

Cara memasak:

1.    Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2.    kemudian masukkan bwg merah …tumbuk separuh lumat…masukkan belacan tumbukkan juga.
3.    Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4.    Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5.    Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6.    Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7.    Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8.    Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9.    Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10.    Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11.    Didihkan kuah…masukkan garam dan perasa.

Tips Nenek :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang. Ikannya mesti segar. Setiap ikan adalah berbeza rasanya. Cubalah dan anda akan tahu sendiri perbezaannya.

Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap.

Nasi Paprik

28 Aug 2009 In: Resipi Ramadhan

Bahan-bahan:

  • 5 pinggan nasi putih panas
  • 1/2 kilo isi ayam/daging
  • 6 biji cili api, dihiris
  • 3 ulas bawang merah, dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih, dimayang
  • 1/2 btg serai dihiris
  • 5 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 3 btg kacang panjang dipotong
  • 2 sudu bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak

Cara memasak:

1.    Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2.    Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.

Black Pepper Steak

27 Aug 2009 In: Daging / Meats, Resipi Ramadhan

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
  • 1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
  • 1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
  • 1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
  • 1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:

1.    Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2.    Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3.    Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4.    Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5.    Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6.    Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7.    Masak atas api kecil selama 3 – 5 minit lagi.
8.    Siap untuk dihidang.

Tips Nenek:
Stik ini enak dimakan bersama “garlic toast” dan french fries.

Kari Kepala Ikan

26 Aug 2009 In: Ikan / Fish, Resipi Ramadhan

Bahan-bahan:

  • 1 kg kepala ikan
  • 50 gm bawang merah
  • 30 gm halia (dikisar)
  • 30 gm bawang putih (dikisar)
  • 50 gm cili kering (dikisar)
  • 50 gm ketumbar
  • 40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
  • 10 gm serbuk lada putih
  • 40 gm serbuk kunyit
  • 1 liter santan kelapa
  • 20 gm garam
  • 10 biji kacang bendi
  • 6 biji terung

Cara memasak:

1.    Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2.    Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3.    Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4.    Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Ayam Golek Seri Pahang

25 Aug 2009 In: Ayam/Chicken, Resipi Ramadhan

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (dibersihkan)
  • 300 gm bawng merah (dikisar halus)
  • 5 cm halia (dititik)
  • 2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
  • 2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1.    Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2.    Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3.    Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4.    Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman,

Mengenai AsapDapur.com

Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".


Sponsors

Please clicks! ty

Jom Join :)

Kounter : Bermula 6hb Okt 2009


Iklan : Silalah klik Ok!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

banner!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG mas kahwin banner


Jom Pelajari Cara Membuat Taufufah Cendol Jagung dan jelly!

Rahsia Kuih Raya!

Cara Membuat Coklat Lazat!!

Churp2?? Jom sertai saya, wat tambah income!

churp

Slim dan Sihat! Jom usha dulu!

banner!

Kalendar

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Anda dari mana?