Karipap Berinti Ayam

8 Jun 2010 In: Ayam/Chicken, Kuih Muih

Bahan-Bahan:

  • ½ kg tepung gandum
  • 1 sudu besar lemak sayuran
  • 5 biji ubi kentang
  • 1 peket rempah kari daging
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 ketul isi ayam (dada)- ptg dadu
  • Sedikit kayu manis
  • Sedikit halia
  • Sedikit Gula/garam/serbuk perasa

Cara-Cara:

  • Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam.
  • Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.

    Cara Membuat Inti:

    • Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis.
    • Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.
    • Sedia utk membuat karipap.

      Tambahan:

      • Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap.
      • Mentega juga poleh digunakan.

      Petikan dari mesra.net

      Sambal Tumis Ikan Bilis

      1 Jun 2010 In: Ikan / Fish, Sambal/Pencincah

      Bahan-bahan:

      • 1 cawan ikan bilis – dicuci, toskan dan goreng
      • 1 labu bawang besar – potong kasar sedikit

      Dikisar:

      • 10 tangkai cili kering, direndam air panas dalam 15 minit
      • 5 ulas bawang merah kecil
      • 1 labu bawang besar
      • 1 ulas bawang putih
      • sedikit belacan
      • 1 keping asam jawa
      • gula melaka, secukupnya
      • garam, secukupnya

      Cara-cara:

      • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik baunya. masak sampai sedikit kering, kemudian masukkan air. (ikut suka — kalau suka berkuah lebih, banyakkan airnya dan kalau suka sambal yang pekat, kurangkan.)
      • Masukkan air asam, gula , dan bawang besar tadi. Masak sampai bawang layu. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi dan kacau rata. Rasakan asam, garam dan manisnya.

      Kerabu Ikan Kembung Panggang

      22 May 2010 In: Salad/Kerabu

      Bahan-Bahan:

      1. 6 ekor ikan kembung – dipanggang
      2. 2 biji mangga muda – dicincang
      3. 1 batang bunga kantan
      4. 3 biji limau nipis
      5. 2 helai daun pudina – untuk hiasan
      6. 2 sudu kecil kicap cair
      7. sedikit kacang tanah – digoreng & ditumbuk
      8. garam dan gula pasir

      Bahan dihiris :

      • 1 batang bunga kantan
      • 3 batang serai
      • 2 biji cili merah
      • 5 biji cili hijau2 biji tomato

      Cara membuatnya:
      1. gaulkan isi ikan dengan bahan – bahan yang telah dihiris.

      2. campurkan kicap, gula pasir dan garam.

      3. perahkan air asam limau nipis dan taburkan kacang goreng di atasnya. hiaskan dengan daun pudina

      Petikan dari Resepi Masakan Kampung

      Kerabu Jantung Pisang

      21 May 2010 In: Salad/Kerabu

      Bahan – bahan :
      300 gm jantung pisang – dibuang kelopak luar yang keras
      1 sudu besar kerisik
      3 biji cili merah – dihiris
      2 sudu kecil air limau nipis
      garam & gula pasir

      bahan dikisar :
      3 sudu besra udang kering
      3 ulas bawang merah

      Cara membuatnya :
      Jantung pisang direbus hingga agak lembut dan dihiris halus. Masukkan jantung pisang dalam sebuah bekas. Bubuhkan bahan – bahan yang lain. Gaulkan hingga rata.

      Petikan Resepi Masakan Kampung

      Sambal Belacan Lada Burung

      20 May 2010 In: Sambal/Pencincah

      Bahan – bahan
      15 biji cili padi
      1 helai daun limau purut – dihiris halus
      sedikit belacan
      sedikit garam dan gula

      Cara membuatnya
      1. tumbuk cili padi dan belacan hingga kumat , masukkan garam,gula dan daun limau purut. gaul
      rata

      Mengenai AsapDapur.com

      Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".


      Sponsors

      Kounter : Bermula 6hb Okt 2009


      Iklan : Silalah klik Ok!

      tudungonline banner


      mas kahwin banner