Ikan Pari Lemas..

19 Aug 2009 In: Ikan / Fish, Resipi Ramadhan

Bahan A:

  • 1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar) – di basuh bersih, sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu. – letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)

Bahan B:

  • 5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
  • 2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
  • 2 batang serai di mayang halus
  • 1 helai daun limau purut di koyak empat
  • 25 biji cili padi di mayang halus
  • halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
  • 1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar sos minyak ikan
  • sedikit ajinamoto
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil gula

Bahan C:

  • 10 biji limau kasturi

Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit

Kek Cawan Oren

14 Aug 2009 In: Kek / Cakes

Bahan-bahan:

  • 500 gm mentega
  • 600 gm gula
  • 350 ml susu segar
  • 50 gm serbuk penaik
  • 12.5 gm tepung susu
  • 850 gm tepung ros
  • 7 butir telur
  • Perasa oren

Cara-cara membuat:
l. Pukul telur bersama gula hingga sebati dan kembang.
2. Masukkan mentega dan tepung diikuti serbuk penaik, tepung susu dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan pula perasa rasberi. Kacau rata.
4. Masukkan ke dalam cawan kek dan bakar pada suhu 200°S selama 15 minit.
5. Hiaskan mengikut cita rasa.

(Sri Dewi & Keluarga, Julai 09)

“Smoothie” Ribena

13 Aug 2009 In: Minuman / Drinks

Ramuan:

  • 125ml pati blackcurrant Ribena
  • 250ml Yogurt asli
  • 2 cawan (250ml) kiub ais

Cara Menyediakan:

  1. Masukkan pati blackcurrant Ribena, yogurt dan kiub ais ke dalam pengisar elektrik. Kisarkan sehingga halus dan sebati.
  2. Tuangkan ke dalam gelas yang telah disejukkan dan hidangkan serta merta.

(Sri Dewi & keluarga, Ogos 2009)

Kek Cawan Vanila

13 Aug 2009 In: Kek / Cakes

Ramuan:

Kek:

  • 150g Mentega, dilembutkan sedikit
  • 150g Gula Kastor
  • 3 biji Telur
  • 180g Tepung naik sendiri
  • 50ml Susu
  • 1/2 sudu kecil ekstrak Vanila

Aising:

  • 20g Mentega
  • 60g Keju berkrim, dilembutkan pada suhu bilik
  • 70g Gula Aising
  • 2 sudu besar pati Blackcurrant Ribena

Cara Menyediakan:

  1. Putarkan mentega dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pastikan setiap biji telur dipukul sebati sebelum memasukkan telur yang seterusnya.
  2. Masukkan separuh tepung yang sudah diayak, tambahkan susu dan vanila sebelum memasukkan baki tepung. Kaup dan balikkan adunan sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan kek cawan (dialas acuan keras) sehingga 3/4 penuh. Bakar didalam ketuhar (190′c) selama 12-15 minit atau sehingga kek naik dan berwarna keemasan. Biarkan ia sejuk.
  4. Campurkan mentega dan keju berkrim dan pukul sehingga licin. Kemudian, tambahkan gula aising dan pati blackcurrant Ribena- pukul sehingga sebati.
  5. Sapukan aising ribena ke atas kek yang telah disejukkan. Untuk kesan menarik, titiskan beberapa titik pati blackcurrant Ribena di atas lapisan aising dan kacau aising dengan menggunakan pengcungkil gigi.

(Sri Dewi & Keluarga, Ogos 2009)

Biskut Nestum Tic Tac Toe

12 Aug 2009 In: Kuih Raya

Doh Putih:

  • 100g Tepung gandum
  • 25g Tepung beras
  • 1/2 camca teh Serbuk penaik
  • 50g Nestum original
  • 100g Mentega
  • 50g Gula kastor
  • 1/2 camca teh Esen vanila

Doh Coklat:

  • 75g Tepung gandum
  • 25g Tepung beras
  • 2 camca besar Serbuk koko
  • 1/2 camca teh Serbuk penaik
  • 50g Nestum original
  • 100g Mentega
  • 50g Gula kastor
  • 1/2  camca teh esen vanila

Cara Menyediakan:

  1. Ayakkan bersama tepung gandum, tepung beras dan serbuk penaik, masukkan Nestum dan ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula sehingga sebati. Campurkan esen vanila.
  3. Kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Ulangi langkah diatas untuk doh coklat.
  5. Canai doh putih setebal 1cm hingga semua doh digunakan. Ulang langkah ini untuk doh coklat.
  6. Susun doh yang dicanai berselang-seli dalam susunan 3×3. Potong setebal 1cm dan letak di atas dulang pembakar yang telah dilenser.
  7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180ç selama 10 – 15 minit atau hingga kekuningan. Keluarkan dari ketuhar dan dibiarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

(Sri Dewi & Keluarga, Ogos 09)

Mengenai AsapDapur.com

Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".


Sponsors

Please clicks! ty

Jom Join :)

Kounter : Bermula 6hb Okt 2009


Iklan : Silalah klik Ok!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

banner!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG mas kahwin banner


Jom Pelajari Cara Membuat Taufufah Cendol Jagung dan jelly!

Cara Membuat Coklat Lazat!!

Churp2?? Jom sertai saya, wat tambah income!

churp

Slim dan Sihat! Jom usha dulu!

banner!

Kalendar

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Anda dari mana?