‘Glass Noodle’ Salad

8 Apr 2009 In: Salad/Kerabu

Bahan-Bahan:

  • 50 gm ‘glass noodle’ (direndam)
  • 5 tangkai Cili Padi (dihiris)
  • 1 biji Tomato (dibelah empat)
  • 2 tangkai Cili Merah (dihiris)
  • 3 ulas Bawang Merah (dihiris)
  • Sedikit Daun Ketumbar (dihiris)
  • 3 ekor Udang (direbus)

Cara Membuat:

  1. Gaulkan kesemua bahan.
  2. Sedia dihidang.

Tips Kesihatan: Selain mempunyai antioksida, tomato turut membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser disamping penyakit jantung. Sebaiknya sebelum menyimpan tomato, basuh ia terlebih dahulu dan pastikan kering. Simpan tomato didalam bekas yang kering dan tertutup rapat. Elakkan terdedah kepada sinaran matahari kerana tomato mudah layu dan kecut.

(Rapi 15 Mac ’09)

Sup Ekor

7 Apr 2009 In: Sup/Soup

Bahan-Bahan:

  • 500 gm Ekor Lembu (dipotong kepada beberapa bahagian)
  • 3 biji Tomato (dibelah 4)
  • 3 labu Bawang Besar (dimayang halus)
  • 3 batang Serai (dihiris halus)
  • 100 gm batang Saderi
  • Rempah Sup Bunjut
  • Sedikit Cili Padi (jika mahu)
  • 2 biji Limau Nipis (diperah)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa

Cara Menyediakan:

  1. Ekor lembu direbus hingga empuk.
  2. Kemudian masukkan tomato, bawang besar, serai, rempah sup bunjut dan cili padi.
  3. Masukkan batang Saderi.
  4. Masukkan garam bersama serbuk perasa dan air limau nipis.
  5. Hidangkan

Tip Kesihatan: Kebiasaanya selepas memakan sup yang mengandungi rempah, suhu badan akan sedikit menurun sekurang-kurangnya satu darjah selsius.

(Rapi 15 Mac ’09)

Salad Mangga/ Kerabu Mangga

6 Apr 2009 In: Salad/Kerabu

Bahan-Bahan:

  • 2 biji Mangga (dihiris)
  • Beberapa tangkai cili padi (dihiris)
  • 1 ulas Bawang Besar (dihiris)
  • Sedikit Kacang Tanah (ditumbuk kasar)
  • Sedikit jus Limau Nipis
  • Gula secukupnya

Cara Membuat:

  1. Gaulkan kesemua bahan tersebut.
  2. Dihidangkan.

Tips Kesihatan: Mangga kaya dengan kandungan karbohidrat, glukosa, vitamin A, B1, B2 dan C. Ekstrak mangga mentah memiliki khasiat antibiotik. Ianya dapat membantu mengawal tenaga, meredakan batuk serta menguatkan limpa. Ia juga membantu melancarkan sistem peredaran darah dan meredakan rasa sakit.

(Rapi 15 Mac ’09)

Puyuh Goreng Cili Kering

5 Apr 2009 In: Burung/Bird

Bahan-Bahan:

  • 2 ekor Burung Puyuh
  • Sedikit Cili kisar
  • 2 kuntum Cendawan Kering
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 ulas Bawang merah
  • 1 camca besar SOS Tiram
  • 5 tangkai Cili Kering (digoreng garing)
  • Serbuk Perasa secukupnya

Cara Membuat:

  1. Goreng puyuh sehinga menjadi keemasan dan ditoskan.
  2. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga garing.
  3. Masukkan cili kisar bersama cendawan kering, sos tiram dan cili kering yang digoreng.
  4. Masukkan serbuk perasa secukupnya.

Tips Kesihatan: Burung Puyuh dipercayai baik untuk melancarkan sistem peredaran darah serta mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

(Rapi 15 Mac ’09)

Leng Chee Kang

4 Apr 2009 In: Minuman / Drinks

Bahan-Bahan:

  • Gula Kundur
  • Longan Kering
  • Kembang Semangkuk
  • Pak Hub
  • long Hong Kho
  • Bunga Lili
  • Air Gula

Cara Menyediakan:

  1. Kesemua bahan direbus dengan air kecuali gula kundur.
  2. Masukkan air gula dan gula kundur.

Tip Kesihatan: Salah satu bahan yang dicampur ialah longan kering. Tahukah anda longan kering kaya dengan kandungan karbohidrat. Kebiasaanya ia direbus dan diminum airnya.

( Rapi 15 Mac ’09)

Mengenai AsapDapur.com

Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".


Sponsors

Please clicks! ty

Jom Join :)

Kounter : Bermula 6hb Okt 2009


Iklan : Silalah klik Ok!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

banner!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG mas kahwin banner


Jom Pelajari Cara Membuat Taufufah Cendol Jagung dan jelly!

Cara Membuat Coklat Lazat!!

Churp2?? Jom sertai saya, wat tambah income!

churp

Slim dan Sihat! Jom usha dulu!

banner!

Kalendar

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Anda dari mana?