Ayam Pedas Limau Purut

26 Aug 2008 In: Ayam/Chicken, Resipi Ramadhan

Bahan-bahan:

1.2 kg Ayam dipotong 10 ketul
1 sudu besar Garam
8 helai Daun limau purut, diracik halus
1 biji Jus limau purut
3 sudu besar Minyak masak

Bahan-bahan untuk dikisar:

20 biji Cili kering direndam sehingga lembut
4 biji Buah Keras
10 ulas Bawang merah
4 ulas Bawang Putih
1 cawan Susu isian sejat Marigold
1/2 cawan Air
Kunyit sebesar ibu jari
Pes udang sebesar ibu jari

Cara-cara:

  • Basuh ketulan ayam dan sejatkan kering. Gaulkan dengan garam dan daun limau purut yang  diracik halus. Panaskan 3 sudu besar minyak masak, goreng bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan ketulan ayam dan goreng selama 3 minit dengan api sederhana.
  • Tambahkan susu dan air. Masak semua bahan sehingga mendidih, perlahankan api dan masukkan ayam dan biarkan selama 20 hingga 25 minit sehingga kuah menjadi pekat. Tambahkan garam secukup rasa. Tambah jus limau purut dan  padamkan api.

Ayam Kerisik

25 Aug 2008 In: Ayam/Chicken, Resipi Ramadhan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong 16
  • 5 sudu makan cili boh
  • 4 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia tua* (* ditumbuh halus)
  • 8 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dimayang halus
  • 3 sudu makan kicap pekat Maggie
  • 1 biji kelapa diambil patinya saja
  • 2 sudu makan ajinomoto
  • 1 keping asam keping
  • 1 1/2 senduk minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

Campurkan cili boh, bawang-bawang yang ditumbuk dan halia. Panaskan kuali dengan minyak. Setelah panas, masukkan cili boh dan digoreng sehingga masak atau kering airnya. Masukkan ayam, kacau hingga sebati dan masukkan sedikit air. Masukkan pula asam keping, daun kunyit, garam, ajinomoto dan gula. Masukkan serai yang dititik. Kacau sehingga pekat. Masukkan kicap pekat, kacau sehingga sebati dan pekat. Setelah masak, angkat untuk dihidangkan.

——- Petikan dari buku Santapan Rohani dan Jasmani

Bubur Kanji Utara

24 Aug 2008 In: Resipi Ramadhan

Bahan-bahan:

1 pot beras
1 biji kelapa
200 gm daging lembu
10 ekor udang kasar
2 batang serai
1 ulas bawang putih dibelah dua
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil halba untuk rebusan
5 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
2 sudu minyak sapi*
1 ulas bawang putih*
3 sudu minyak masak*
*bahan penumis

Untuk hiasan:

Bawang goreng
Daun bawang dihiris

Cara Membuatnya:

  • Bersihkan beras dan rebus bersama daging, serai, halia dan halba sehingga menjadi bubur.
  • Masukkan udang dan santan, kacau sehingga sebati.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Gunakan periuk untuk menumis.
  • Minyak sapi dimasukkan dengan minyak masak dan dipanaskan.
  • Tumis bahan-bahan penumis sehingga kuning dan garing.
  • Tuangkan kedalam periuk berisi bubur tadi.
  • Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang.

——- Petikan daripada Buku Santapan Rohani & Jasmani

Dendeng Semut

23 Aug 2008 In: Resipi Ramadhan

Bahan-bahannya:

500gm daging lembu
1 biji kelapa parut
2 biji telur ayam dipukul
5 sudu makan tepung sagu
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1 sudu teh ketumbar*
1 biji kelapa parut*
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 cm lengkuas*
4 biji cili merah*
—–* dikisar halus
2 helai daun limau purut dicarik-carikkan
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Minyak goreng secukupnya

Cara menyediakannya:

  • Rebus daging hingga empuk, dipotong nipis dan diketuk supaya daging menjadi leper
  • Campurkan bahan-bahan yang dikisar sehingga sebati dan digaulkan dengan telur
  • Masukkan tepung sagu dan digaulkan lagi sehingga sebati
  • Perapkan selama 20 minit
  • Panaskan minyak secukupnya
  • Gorenglah daging yang diperap tadi hingga kering

Peaches Clafouti

22 Aug 2008 In: Minuman / Drinks

Serves for 8 persons

454g can peaches, drained
6 tbsp self-raising flour
1/4 cup caster powder
1/4 cup NESTLE Low Fat Milk
1 egg, well beaten
80g butter, melted

Custard Sauce:
1 1/2 tbsp custard powder
1 1/2 sugar
1 cup NESTLE Low Fat Milk
1 tbsp vanilla essence

  • Lightly grease a 1 litter pie dish and place the peaches in the pie dish
  • Combine the flour and sugar, make a well in the centre. Gradually add the cup of NESTLE Low Fat milk, eggs and butter and stir until smooth
  • Spoon this mixture evenly between the peaches
  • bake in preheated oven at 180′C for 30-45 mins or until firm
  • Meanwhile, combine the custard powder and sugar, and add a little NESTLE low fat milk to form a smooth paste
  • In a sauepan, add the remaining milk and vanilla essence, and cook until the sauce is slightly thickened
  • Remove from the heat. Cut the warm pudding and serve with warm sauce

Mengenai AsapDapur.com

Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".


Sponsors

Kounter : Bermula 6hb Okt 2009


Iklan : Silalah klik Ok!

tudungonline banner


mas kahwin banner