Oreo Vanilla Ice Blended

14 Jul 2009 In: Minuman / Drinks

Bahan-bahan:

  • 35 gm susu tepung berperisa vanilla
  • 10 gm krimmer
  • Air gula secukupnya
  • 350ml ais
  • 70 ml air kosong
  • 4 keping biskut oreo

Campurkan kesemua bahan dan kisar sehingga semuanya hancur dan sedia untuk dihidangkan.

(Pa&Ma, Julai 2009)

Banana Chocochip Crepe

14 Jun 2009 In: Kuih Muih, Telur/Egg

Bahan-bahannya (5 Hidangan):

Untuk tepungnya:

  • 2 cawan tepung serba guna
  • 3 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 6 sudu mentega (dicairkan)

Untuk Topping:

  • 3 biji pisang berangan
  • Coklat cip
  • Coklat spread
  • kacang tumbuk
  • 4 sudu besar gula

Cara Membuatnya:

  1. Campurkan tepung , gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata kesemua bahann dan ketepikan.
  2. Masukkan telur dan pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan pula susu dan mentega. Kacau aduan sehingga sebati.
  3. Selepas itu, masukkan campuran tepung, gula dan garam tadi. KAcau sehingga aduan cukup sebati.
  4. Adunan yang sudah siap bolehlah dituangkan ke dalam kuali leper yang sudah dipanaskan dan disapukan sedikit mentega.
  5. Lakukan seperti membuat kulit kuih gulung atau apam balik nipis. Setelah separuh masak, sapukan coklat spread ke atas tepung.
  6. Susunkan pisang yang dihiris nipis ke atasnya.
  7. Kemudian taburkan coklat cip dan kacang tumbuk.
  8. Sedia dihidangkan.

( Pa&Ma, Julai 2009)

Cendol

4 May 2009 In: Minuman / Drinks

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung ubi
  • 9 cawan air daun pandan – dikisar dengan daun pandan
  • 1 sudu air kapur
  • sedikit pewarna hijau

Cara Membuat:

  1. Masukkan tepung beras dan ubi ke dalam  periuk.
  2. Masukkan air daun pandan.
  3. Masukkan pewarna hijau dan kacau sebati.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Didihkan adunan tadi diatas api sederhana dan kacau sehingga menjadi likat.
  6. Ambil sedikir-dikit adunan tadi dan letakkan di dalam acuan. Tekan sehingga menghasilkan cendol dan letakkan di dalam mangkuk besar yang berisi air atau ais.

(Seri Dewi & Keluarga, Mei 2009)

Aiskrim Goreng

3 May 2009 In: Pencuci Mulut/Dessert

Bahan-Bahan:

  • 2 ceduk aiskrim vanila
  • Roti (tepinya di rapi) secukupnya
  • 300 g minyak (untuk mengoreng)
  • 2 biji telur (diputar)

Cara Membuat:

  1. Balut aiskrim menggunakan dua keping roti.
  2. Dua keping roti lagi dipotong dadu dan dicampurkan di dalam telur putar.
  3. Kemudian celup roti kedalam adunan telur dan terus goreng (api tidak panas sangat). Golek-golekkan sehingga kekuningan. Kemudian angkat.
  4. Hiaskan buah-buahan atau sebarang hiasan yang digemari.

Asam Pedas Ikan Terubuk

2 May 2009 In: Ikan / Fish

Bahan-Bahan:

  • Seekor ikan Terubuk – dipotong keping
  • 20 tangkai cili kering
  • 2 sm halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang besar
  • 1 sm belacan ( semua bahan dikisar halus kecuali ikan)

Bahan-bahan Lain:

  • Daun kari
  • Campuran halba
  • Air asam jawa
  • Semangkuk air
  • Daun Kesom
  • Kacang bandi atau terung

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan halba dan daun kari hingga garing. Kemudian masukkan bahan kisar.
  2. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan hingga mendidih dan masukkan ikan dan daun kesom.
  3. Masukkan bahan perasa dan akhir sekali masukkan bendi atau terung.

(Seri Dewi & Keluarga, Mei 2009)

Mengenai AsapDapur.com

Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".


Sponsors

Please clicks! ty

Jom Join :)

Kounter : Bermula 6hb Okt 2009


Iklan : Silalah klik Ok!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

banner!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG mas kahwin banner


Jom Pelajari Cara Membuat Taufufah Cendol Jagung dan jelly!

Rahsia Kuih Raya!

Cara Membuat Coklat Lazat!!

Churp2?? Jom sertai saya, wat tambah income!

churp

Slim dan Sihat! Jom usha dulu!

banner!

Kalendar

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Anda dari mana?