Puri Pisang

15 Mar 2009 In: Lain2 / Others, Makanan Bayi/Baby Food

Bahan2:

  • 1 Biji Pisang Berangan sederhana besar
  • Susu ibu perahan

Cara Menyediakan:

  • Kulit pisang dikupas. Kemudian dipotong mengikut saiz yang mudah dilenyek
  • Masukkan pisang di dalam mangkuk dan lenyek pisang menggunakan pelenyek/garfu. anda juga boleh menggunakan mesin pengisar.
  • Tuangkan susu ibu perahan secukup rasa dan gaul sebati sebelum dihidangkan untuk santapan bayi (6-7 bulan)

( Majalah Pa&Ma, Mac 2009)

Sup Cendawan

10 Mar 2009 In: Makanan Bayi/Baby Food, Sup/Soup

Bahan-Bahan:

  1. 100gram bawang besar(dipotong dadu)
  2. 1 sudu besar mentega
  3. 300gram cendawan butang (dihiris)
  4. 1 sudu makan tepung jagung
  5. 1/2 kiub ayam
  6. 1 cawan air
  7. 1 cawan susu segar
  8. Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

  • Cairkan mentega didalam periuk dan tumiskan bawang
  • Masukkan cendawan dan tumis 2 hingga 3 minit
  • Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk
  • Masukkan air, garam dan kiub ayam. Biarkan mendidih
  • Masukkan pula susu dan kacau
  • Apabila sudah mendidih. Padamkan api dan biarkan sejuk
  • Setelah itu, kisarkan sup sehingga cendawan sedikit hancur
  • Kemudian masukkan kembali sup ke dalam eriuk dan masak semula sehingga pekat
  • Sedia untuk dihidangkan (Pa&Ma Mac 2009)

Sup Ayam

9 Mar 2009 In: Makanan Bayi/Baby Food, Sup/Soup

Bahan-Bahan:-

  • 1 ketul daging ayam (dihiris nipis)
  • 700ml air
  • 250ml susu segar
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 cawan tepung gandum (dibancuh sedikit air)
  • Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:-

  1. Masukkan isi ayam ke dalam periuk bersama air
  2. Rebus sehingga ayam masak
  3. Masukkan susu dan kiub ayam dan kacau dengan menggunakan api yang perlahan
  4. Masukkan bancuhan tepungĀ  dan kacau hingga pekat
  5. Akhir sekali, masukkan garam. ( Pa&Ma Mac 2009)

Tiramisu

22 Feb 2009 In: Kuih Raya

Bahan-bahan:-

  • 5 biji telur (asingkan putih dan kuning)
  • 500 gm keju mascarpone
  • 375 gm krim putar
  • 150 gm gula
  • 2 cawan kopi ekspreso

Cara-cara Membuat:-

  1. Pukul kuning telur dan keju sehingga sebati. Kemudian pukul putih telur bersama gula hingga kembang.
  2. Campurkan kedua-dua adunan, kemudian masukkan krim putar.
  3. Gaul rata. Untuk menyediakannya lapiskan berselang-seli dengan kopi ekspreso hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk.

(Seri Dewi & Keluarga, Feb 2009)

Jeli Coklat Laici

21 Feb 2009 In: Kuih Muih, Makanan Bayi/Baby Food

Bahan-bahan:-

  • 1 sudu makan agar-agar serbuk
  • 100 gm gula kasar
  • 100 ml susu segar
  • 450 ml air
  • 2 sudu makan coklat cair
  • 10 biji laici bersirap

Cara-cara Membuat:-

  1. Didihkan agar-agar, gula, susu, air dan coklat cair.
  2. Tuang kedalam acuan dan masukkan laici. Kemudian bekukan.
  3. Hidang dengan buah laici bersama ceri merah.

(Seri Dewi & Keluarga, Feb 2009)

Mengenai AsapDapur.com

Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".


Sponsors

Please clicks! ty

Jom Join :)

Kounter : Bermula 6hb Okt 2009


Iklan : Silalah klik Ok!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

banner!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG mas kahwin banner


Jom Pelajari Cara Membuat Taufufah Cendol Jagung dan jelly!

Cara Membuat Coklat Lazat!!

Churp2?? Jom sertai saya, wat tambah income!

churp

Slim dan Sihat! Jom usha dulu!

banner!

Kalendar

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Anda dari mana?