Pai Daging

20 Feb 2011 In: Daging / Meats

BAHAN-BAHAN :

Bahan A
500 gm daging (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawang merah (dipotong dadu)
1 tin kecil pes tomato
½ sudu teh gula
1 sudu teh herba campuran
Minyak masak secukupnya

Bahan B
6 biji kentang (direbus)
½ cawan susu cair
½ sudu teh lada sulah

CARA MEMASAK
1. Pertama sekali, ambil kuali dan panaskan di atas api sederhana. Setelah kuali panas, masukkan pula minyak. Tunggu sebentar sehingga minyak panas. Selepas minyak panas, masukkan pula bawang putih yang sudah dicincang dan bawang merah yang sudah dipotong dadu tadi.
2. Tumis bawang-bawang tersebut hingga layu ataupun naik bau. Kemudian, masukkan daging cincang dan kacau lagi. Biarkan sebentar campuran daging dan bawang tadi sehingga daging benar-benar masak. Sekali sekala, kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan masakan berkerak.
3. Kemudian, anda perlu masukkan pula pes tomato dan herba campuran. Kacau rata kesemuanya dan biarkan sebentar. Setelah kesemuanya masak, matikan api dan ketepikan.
4. Ambil ubi kentang yang sudah direbus dan masukkannya ke dalam mangkuk. Lecek kentang tersebut sehingga hancur. Setelah kentang hancur, masukkan susu cair dan lada sulah. Masukkan bahan-bahan tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata adunan tersebut. Ketepikan.
5. Ambil beberapa bekas atau mangkuk yang boleh anda gunakan untuk membakar.
6. Masukkan daging cincang yang telah siap dimasak ke dalamnya. Kemudian, tuangkan kentang putar ke dalam mangkuk yang berisi daging tadi dan ratakan.
7. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit hingga kentang menjadi kekuningan. Jika suka boleh juga ditaburkan keju ke atasnya.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Bubur Beras Merah

18 Feb 2011 In: Lain2 / Others, Makanan Bayi/Baby Food

BAHAN-BAHAN :

20gm     Kubis Bunga
150ml    Air Suam
30gm     NESTLE® Cerelac ® Infant Cereal Brown Rice

CARA MEMASAK :

1.   Dalam kuali leper, rebus kubis bunga sehingga lembut, kemudian lenyek atau kisar hingga menjadi puri.

2.   Kemudian kacau puri dalam air suam dan masukkan NESTLE®  Cerelac®  Infant Cereal Brown Rice.

3.   Dihidangkan segera.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Sarapan Pisang

17 Feb 2011 In: Buah-buahan/Fruits, Makanan Bayi/Baby Food

BAHAN-BAHAN:

4  sudu NESTLE® Cerelac ® Infant Cereal Wheat
5 sudu air suam – dididihkan sebelumnya
½ biji pisang

CARA MEMASAK

1.   Campurkan NESTLE® Cerelac ® Infant Cereal Wheat dengan air hingga menjadi likat.

2.   Kupas pisang dan lecek dengan garfu.

3.   Hiaskan cereal dengan pisang yang sudah dilenyek.

Sumber : Majalah Pa&Ma

Sambal Tempe & Ikan Bilis

18 Dec 2010 In: Ikan / Fish, Sambal/Pencincah

Bahan-Bahan:
1 paket tempe -potong kecil dan goreng dalam minyak dan toskan
1 biji kentang-
1 cawan ikan bilis- goreng garing

Sambal (blande)
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan(jika mahu)

1 sudu kecil cuka
minyak
garam
gula

Cara memasak
1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula sikit.
2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis, kentang dan tempe tadi.
3.Gaul rata dan angkat dari kuali.
4. Hidangkan bersama nasi panas.

Puri Lobak Merah

5 Dec 2010 In: Lain2 / Others, Makanan Bayi/Baby Food

BAHAN-BAHAN :
1 batang lobak merah
Air untuk merebus
Air untuk megisar

CARA MEMASAK
1. Ambil sebatang lobak merah bersaiz kecil, buangkan kulit dan cuci bersih.
2. Potong lobak menjadi bentuk dadu dan rebus sehingga empuk.
3. Setelah empuk, kisar lobak merah tersebut sehingga halus.
4. Jika perlu, anda bolehlah menambah sedikit air masak semasa mengisar.

Mengenai AsapDapur.com

Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".


Sponsors

Please clicks! ty

Jom Join :)

Kounter : Bermula 6hb Okt 2009


Iklan : Silalah klik Ok!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

banner!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG mas kahwin banner


Jom Pelajari Cara Membuat Taufufah Cendol Jagung dan jelly!

Cara Membuat Coklat Lazat!!

Churp2?? Jom sertai saya, wat tambah income!

churp

Slim dan Sihat! Jom usha dulu!

banner!

Kalendar

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Anda dari mana?