Koleksi resepi masakan Malaysia
Bahan-Bahan:
2 biji pisang awak
1 cawan kelapa parut (diambil putihnya saja)
sedikit garam
Cara Membuatnya:
1. Mula-mula potong sedikit kedua-dua hujung pisang dan rebus selama kira-kira 10 minit. Toskan air dan ketepikan.
2. Di dalam mangkuk, masukkan kelapa parut dan campurkan sedikit dengan garam.
3. Kopek kulit pisang awak yang sudah direbus tadi, dan potong kecil-kecil. Akhir sekali, salut pisang tadi dengan kelapa parut.Petikan Pa&Ma April 2010
Bahanbahan:
Cara Memasak :
1) Bilas sagu dengan air bersih dan toskan.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan
campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,
tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama 30~40 minit.
Bahan-bahan:
Bahan untuk kulit
1) 2 cawan tepung gandum
2) ½ cawan gula
3) ½ sudu kecil soda bikarbonat
4) 1 sudu kecil pewarna kuning
5) 1 biji telur
6) 1 ½ cawan air
7) ½ sudu teh serbuk penaik
Bahan taburan
1) Sedikit mentega
2) 1 cawan kacang tanah (dimesin)
3) 1 tin jagung manis
4) ½ cawan coklat urai
5) ½ cawan gula pasir
Cara Memasak :
1) Kisar gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati.
3) Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
4) Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api kecil.
5) Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan separuh masak.
6) Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
7) Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 / 6.
Bahanbahan:
1) 7 pot beras pulut (rendam selama 5 jam dan kukus)
2) 1 kg gula
3) ½ kg gula merah
4) 1 cawan air
5) 4 santan pekat
6) 1 sudu teh garam
7) 2 helai daun pandan (simpul)
Cara Memasak :
1) Masukkan gula, gula merah, daun pandan dan air di dalam periuk. Masak hingga gula
larut dan tapis.
2) Masukkan santan dan sambung mask hingga pekat.
3) Masukkan pulut yang telah dikukus dan kacau rata. Gaul hingga sebati dan berkilat.
4) Masukkan dalam loyang dan sejukkan. Potong dan hidang.
Sedia untuk dihidangkan.
Bahanbahan:
Untuk lapis bawah :
1) 300 gram keledek merah (rebus dan lecek)
2) Santan cair dari ½ biji kelapa
3) 150 gram tepung beras
4) ½ sudu teh garam
5) 225 gram gula
Untuk lapis atas :
1) 1 cawan tepung beras
2) 3 cawan santan pekat
3) 1 sudu teh garam
Cara :
Untuk lapis bawah :
1) Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang.
2) Kisar keledek bersama santan.
3) Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan kacau sebentar di atas api kecil.
4) Masukkan adunan dalam loyang kukus selama 20 minit.Untuk lapis atas :
1) Campurkan kesemua adunan, tapis dan kacau sebentar di atas api kecil.
2) Cakarcakarkan
sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus
semula selama 25 minit.
3) Sejukkan dan potong
Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".