Koleksi resepi masakan Malaysia
Bahanbahan:
Untuk inti:
1) ½ biji kelapa muda parut
2) 1 ketul gula melaka
3) 2 sudu makan air
4) 1 helai daun pandan
Untuk kuih:
1) 1 cawan tepung beras
2) 2 cawan santan
3) ½ sudu teh garam
4) 4 sudu besar tepung pulut (bancuh dgn 1 sudu makan air membentuk doh)
5) Daun pisang yang telah dilayur dan lidi secukupnya
Cara Memasak:
Untuk inti:
1) Cairkan gula dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih.
2) Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Tutup api dan sejukkan.
Untuk kuih:
1) Leperkan doh tepung pulut dan masukkan sedikit inti. Tutup jadikan bebola. Buat
sampai habis.
2) Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau atas api hingga separuh masak.
3) Panaskan kukusan.
4) Ambil dua sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan
2 bebola tadi dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
5) Tutup daun pisang dan lipat keduadua
hujung daun seperti bungkus tapai, semat
dengan lidi dan kukuskan selama 20 minit.
6) Sejukkan dan hidangkan

1. Sediakan bahan-bahannya iaitu serbuk Puding perisa mangga Nora 95g. Air 400ml.
2. Masukkan kedua-dua bahan dalam periuk dan masak di atas dapur.
3. Kacau sehingga serbuk puding hancur.
4. Padamkan air dan tuangkan adunan di dalam bekas.
5. Kemudian masukkan ke dalam peti ais. Sejukkan sehingga 30 minit.
6. Siap dihidangkan.
Dadih Laici

1. Sediakan bahan-bahannya seperti 1 tin Susu Cair 400ml, 100g Gula Pasir, dan 1 Paket Dadih (perisa suka hati nak apa!! : Laici, Strawberi, jagung, anggur, oren, durian, coklat dan lain2).
2. Didihkan air 3000ml (3 liter) dalam periuk. Masukkan sekali dengan Susu Cair dan Gula.
3. Apabila air sudah mendidih, padamkan api dapur. Masukkan serbuk dadih. Kacau selama 5 minit.
4. Masukkan kedalam bekas yang bertutup.
5. Masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Pastu boleh makan.
Bahan-Bahan (untuk 2 orang)
A: untuk nasi
B : untuk sambal tumis
C: Untuk rendang ubi kentang
D: Bahan untuk dihidang bersama dengan nasi lemak
(Harian Metro, 4th Okt 2009)
Bahan (untuk seorang)
Cara Memasak:
Rebus spageti hingga masak. Selepas itu buat sos ikan kod dengan mencampurkan mentega, telur ikan kod, sedikit kicap dan garam. Kacau sehingga sabati. Apabila sos siap, letakkan di lapisan atas spageti. Tabur potongan rumpai laut di bahagian atas sebelum dihidang.
(Harian Metro, 4th Okt 2009)
Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".