Koleksi resepi masakan Malaysia
Bahan-bahan:-
+ 2 paket rempah
+ 2 liter air rebusan daging
+ 1 KG mee kuning
+ 6 biji telur
+ Sedikit sawi
+ Pilihan lain:- seperti udang, sotong kembang, fishcake, fishball atau kerang.
+ Daging dihiris nipis (diambil dari air rebusan)
Cara masak:-
+ Campurkan 2 paket rempah dalam air rebusan daging, dan kacau hingga sebati
+ Masukkan daging dan Pilihan lain:-
+ Pecahkan telur, biar sehingga ianya masak kemudian masukkan mee kuning dan sawi
BAHAN-BAHAN :
Bahan A
500 gm daging (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawang merah (dipotong dadu)
1 tin kecil pes tomato
½ sudu teh gula
1 sudu teh herba campuran
Minyak masak secukupnya
Bahan B
6 biji kentang (direbus)
½ cawan susu cair
½ sudu teh lada sulah
CARA MEMASAK
1. Pertama sekali, ambil kuali dan panaskan di atas api sederhana. Setelah kuali panas, masukkan pula minyak. Tunggu sebentar sehingga minyak panas. Selepas minyak panas, masukkan pula bawang putih yang sudah dicincang dan bawang merah yang sudah dipotong dadu tadi.
2. Tumis bawang-bawang tersebut hingga layu ataupun naik bau. Kemudian, masukkan daging cincang dan kacau lagi. Biarkan sebentar campuran daging dan bawang tadi sehingga daging benar-benar masak. Sekali sekala, kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan masakan berkerak.
3. Kemudian, anda perlu masukkan pula pes tomato dan herba campuran. Kacau rata kesemuanya dan biarkan sebentar. Setelah kesemuanya masak, matikan api dan ketepikan.
4. Ambil ubi kentang yang sudah direbus dan masukkannya ke dalam mangkuk. Lecek kentang tersebut sehingga hancur. Setelah kentang hancur, masukkan susu cair dan lada sulah. Masukkan bahan-bahan tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata adunan tersebut. Ketepikan.
5. Ambil beberapa bekas atau mangkuk yang boleh anda gunakan untuk membakar.
6. Masukkan daging cincang yang telah siap dimasak ke dalamnya. Kemudian, tuangkan kentang putar ke dalam mangkuk yang berisi daging tadi dan ratakan.
7. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit hingga kentang menjadi kekuningan. Jika suka boleh juga ditaburkan keju ke atasnya.Sumber: Majalah Pa&Ma
BAHAN-BAHAN :
20gm Kubis Bunga
150ml Air Suam
30gm NESTLE® Cerelac ® Infant Cereal Brown Rice
CARA MEMASAK :
1. Dalam kuali leper, rebus kubis bunga sehingga lembut, kemudian lenyek atau kisar hingga menjadi puri.
2. Kemudian kacau puri dalam air suam dan masukkan NESTLE® Cerelac® Infant Cereal Brown Rice.
3. Dihidangkan segera.
Sumber: Majalah Pa&Ma
BAHAN-BAHAN:
4 sudu NESTLE® Cerelac ® Infant Cereal Wheat
5 sudu air suam – dididihkan sebelumnya
½ biji pisang
CARA MEMASAK
1. Campurkan NESTLE® Cerelac ® Infant Cereal Wheat dengan air hingga menjadi likat.
2. Kupas pisang dan lecek dengan garfu.
3. Hiaskan cereal dengan pisang yang sudah dilenyek.
Sumber : Majalah Pa&Ma
Bahan-Bahan:
1 paket tempe -potong kecil dan goreng dalam minyak dan toskan
1 biji kentang-
1 cawan ikan bilis- goreng garing
Sambal (blande)
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan(jika mahu)
1 sudu kecil cuka
minyak
garam
gula
Cara memasak
1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula sikit.
2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis, kentang dan tempe tadi.
3.Gaul rata dan angkat dari kuali.
4. Hidangkan bersama nasi panas.
Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".